Tuesday 27 January 2015

Cara Buat Duit Dengan Youtube Adsense

Cara Buat Duit Dengan Youtube Adsense


Sebelum saya pergi lebih jauh. Izinkan saya untuk MENJELASKAN yang artikel ini adalah tentang “Personal Coaching” dari seseorang yang mahu berkongsikan ilmu tentang cara cara untuk buat duit dengan YouTube. Harap anda jelas. Pada sebelum ini saya pernah berkongsikan yang saya juga salah seorang yang cuba untuk membuat duit melalui YouTube. Tetapi tindakkan saya hanyalah cuba cuba sahaja dan tidak serius. Apa yang saya kongsikan pada sebelum ini adalah tentang bagaimana cara saya membuat Youtube Video menggunakan aplikasi Camtasio Studio yang sangat sesuai untuk proses editing atau rakaman untuk di upload ke Youtube.

Di sebabkan tiada pengalaman, dan hanya cuba cuba sahaja, maka pendapatan saya dengan Adsense Youtube sebulan hanyalah USD0.36. Sangat sangatlah kecil. Tetapi tidak mengapa. Angka itu menunjukkan saya sudah mempunyai asas akan bagaimana untuk buat duit dengan Youtube. Apa yang saya lemah adalah tentang bagaimana untuk meningkatkan earning Youtube adsense dengan betul. Ini yang saya tidak tahu. Youtube bukan seperti blog yang sangat berkait rapat dengan SEO. Youtube perlukan viewer yang banyak untuk dapat duit.

Perkongsian Bagaimana Buat Duit Dengan Youtube

Percaya tidak, walaupun kita rasa susah, ada sahaja individu yang mampu dan berjaya menghasilkan duit bukan? Kita rasa, susah betul hendak dapat USD100 sebulan dengan Adsense melalui blog. Tetapi ada individu orang Malaysia yang boleh dapat USD100, USD500. USD1000 atau lebih. Begitu juga dengan Youtube, kita rasa kita tidak berjaya, tetapi ada individu yang berjaya dengan Youtube melalui pengiklanan adsense. Siap ada bukti lagi. Jadi apa masalah kita yang menyebabkan kita tidak berjaya? Jawapan saya, kita tiada GURU yang sudi menunjukkan bagaimana mereka buat duit dengan YoutubeAdsense. KALAU ADA, ANDA MAHU?
Seperti yang saya beritahu pada awal tulisan ini, artikel ini adalah tentang Personal Coaching. Untuk pengetahuan anda, individu ini telah berminat untuk berkongsi dengan anda tentang bagaimana buat duit dengan Youtube. Beliau yang telah terbukti berjaya menjana pendapatan melalui video di Youtube mahu dan bersedia berkongsikan ilmu dan pengalaman beliau. Telah ramai individu yang belajar terus dari beliau. Ada bukti, nanti anda boleh lihat sendiri.
YANG TERBAIK adalah anda akan belajar cara cara membuat duit dengan Youtube secara berdepan iaitu face to face (KL dan Selangor). Anda boleh belajar secara bersemuka jika anda tinggal berdekatan dengan tempat beliau. Jika tidak, anda akan belajar secara online dan beliau akan peruntukan masa untuk anda dan akan ajar anda satu persatu (skype, yahoo messengger dan teamviewer). Menarik?
YANG LEBIH MENARIK, anda tidak perlu buat video sendiri, anda akan diajar mendapatkan akaun adsense, tidak perlu SEO, tidak perlu Facebook, tidak perlu kumpul list dan macam macam lagi semata mata untuk tarik trafik. Ada kaedah yang menarik yang akan di ajarkan nanti.

Sebab utama kenapa beliau mahu mengajar secara depan depan dan juga secara live online adalah kerana beliau mahu anda terus faham apa yang perlu dibuat jika anda mahu buat duit dengan Youtube. Beliau mahu anda terus boleh buat duit. Anda tidak faham, terus boleh bertanya tanpa bertangguh lagi. Beliau kongsikan tips, rahsia dan pengalaman berjaya membuat duit menerusi adsense di Youtube sejak 3 tahun lagi. Sekarang peluang sudah terbuka. Apa lagi, lawat link yang saya berikan dan hubungi beliau untuk tindakkan lanjut jika berminat. Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment