Saturday 28 February 2015

tanah di tokbali untuk dijual




Saya mencari pembeli tanah di tokbali..
Tanah untuk di jual di pasir puteh kelantan..
Kawasan ni byk juga perumahan..
Tempat comel sangat2.
Habih muroh doh ni..
Keluasan : 5 ekar
Harga : rm 1.5juta (masih bleh runding,nk runding g jupo tuan dio sdiri).
Nk g tengok? Nk beli utk buat perumahan?
Boleh PM / col atau wassap saya.
No hp : 019-9499185
JIKA ANDA PEMBELI, BARU BOLEH WASAP SAYA.. BROKER TIDAK DIALU-ALUKAN..

Tuesday 27 January 2015

5 Cara Mudah Buat Duit dengan Blog

5 Cara Mudah Buat Duit dengan Blog

Hari ini sudah jadi kebiasaan pada kita untuk buat duit melalui Blog. Ada yang gunakan blog untuk tujuan sosial dan tak kurang yang jadikannya sebagai platform untuk kongsi peluang perniagaan dan buat duit online. Yang penting gunakan ilmu yang ada sebaik mungkin

 “Belajar dengan guru yang betul akan hasilkan keputusan yang baik..” 

Jujur aku katakan yang tujuan dan matlamat aku berblog selain dari berkongsi ilmu dan tips, adalah menjadikan blog ini sebagai tabung simpanan aku. Untuk 5 tahun akan datang tabung ini akan aku convert kepada mesin ATM.

Bunyinya macam kelakar tetapi itulah yang terjadi pada blog aku sebelum ini. 

Tak mustahil blog menjadi sumber pendapatan tetap

Banyak atau sedikit pendapatan bukan persoalannya disini tetapi penceritaan di dalam blog ini aku lebih kepada perkongsian bagaimana untuk hasilkan duit poket, pendapatan sampingan, duit tambahan dan yang mempunyai maksud yang sama dengannya melalui blog. 

Asasnya perlu ada internet dan laptop dan sedikit pengetahuan mengenai blog dan juga pemasaran internet. Selebihnya boleh digilap perlahan-lahan dan tiada jalan yang mudah untuk dalam belajar ilmu marketing. 

Dahulunya aku hanya fokus pada promosi produk Amazon tetapi setelah melihat situasi pengguna Internet di Malaysia hari ini semakin baik kenapa tidak aku gunakan sedikit ilmu dan peluang yang ada untuk jana pendapatan produk affiliate tempatan. 

Memang banyak peluang dan cara tambah pendapatan tanpa modal sama ada melalui pemasaran email, pemasaran youtube, artikel dan sebagainya. Asasnya perlu ada ilmu dari guru yang betul dan masa yang tepat!

Kita boleh memilih sama ada mahu jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan atau pendapatan tetap. Namun buat masa ini, aku lebih suka memilih buat duit dari blog ini sebagai pendapatan sampingan sahaja.

Untuk hasilkan blog ada 2 platform yang kebiasaannya menjadi pilihan ramai iaitu :

• Blogspot a.k.a blogger.com
• WordPress

Brader titan kata blogspot tak boleh pergi jauh tapi aku suka guna blogspot sebab ia percuma dan mudah juga hasilkan jualan dari affiliate tempatan. 

Kalau belum ada blog lagi eloklah daftar SEKARANG sama ada di wordpress.com atau blogger.com. Kalau nak dapat nama sendiri contohnya macam blog aku www.mudahkot.com boleh beli domain dengan kadar harga yang sangat berpatutan. RM35 aje kot setahun.. 

Untuk buat blog jadi menarik, boleh search sendiri di google mengenai tutorial bagaimana untuk hasilkan Blog mesra SEO dsb. 

Aku kongsikan Tips pada yang baru nak menghasilkan blog:
Kenalpasti kemahiran dan minat dulu. Itu untuk memudahkan memilih “Niche” atau bahasa mudah “topik” yang mahu digunakan. Kalau kita suka sangat memasak, boleh sediakan blog resepi dan masakan. Kita boleh kongsikan resepi-resepi menarik atau ciptaan kreatif sendiri dalam blog.
Blog yang dihasilkan perlu kemas dan simple. Jangan terlalu serabut dan letak perkara yang bukan-bukan. Mula-mula aku terlibat dalam dunia blogging 8 tahun lalu perkara yang sama aku buat. Macam-macam widget aku letak. Ahaks… sampaikan nak loading pun hampir 3 minit.
Kalau boleh kandungan blog itu mudah difahami dan tak bosan.. Nanti aku.. Boh..Boh..Boh..Bohsan.. Agak-agak korang bosan tak baca blog aku ni? Tulis jangan lah terlalu skema dan terlalu merapu.. Biar ada isi.. dan jangan gebang lebih.
Kalau dapat bina networking lagi bagus. Terus terang aku bab networking ni memang FAILED. Korang yang membaca ini lah network aku.. Jangan lupa Like Fb aku bila baca artikel ni pasal aku pun nak jadi kawan korang juga..
Gunakan kemahiran dan kreativiti sendiri untuk menghasilkan blog yang berkualiti dan unik.
Kalau buntu idea, cuba lah buat blogwalking ke blogger yang dilabel otai. Lihat aturan blog mereka dan perhatikan apa yang takde dalam blog kita
Lebihkan memberi daripada menerima. Peganglah kata-kata ni

“Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima”

Aku kalau merapu sampai esok pun tak habis. Jadi, aku teruskan pada topik utama kita

5 cara mudah Buat Duit dengan Blog

Teknik/cara 1 :  Promosikan Produk Affiliate
Tak rugi jadi agen affiliate ni, sebabnya kita akan terima komisyen dari jualan yang dibuat dari link kita tu. Hati-hati kerana sekarang ni aku dengar IM Malaysia ni pun dah pandai curi komisen affiliate. Bagi aku perbuatan ni memang tak wajar kerana mencuri itu berdosa..

Boleh baca artikel yang aku pernah tulis mengenai affiliate :

Bagaimana Cara Promosi Link Affiliate
Apakah Rahsia Affiliate Pemasaran Teknik Clickbank
Webinar Rahsia Pemasaran Affiliate Gobala Krishnan
Pemasaran Affiliate - Bagaimana Berfikir Luar Kotak
3 Kesilapan Biasa yang dilakukan Affiliate Marketer
5 Teknik Panduan Cara Pemasaran atau Promosi Produk Affiliate
Adakah Kursus Affiliate Marketing Rahman Basri Satu Kemestian?

Teknik/cara 2 : Menyewa ruang Iklan
Bila trafik blog kita naik mencanak-canak tinggi dan konsisten macam blog abang denaihati, bolehlah nak sediakan servis sewa ruang iklan. Dengan membuat sewaan ruang iklan bergantung pada saiz iklan tersebut. Jadi sama-sama lah kita belajar lah cara-cara meningkatkan traffik pada blog.  

Teknik/cara 3 : Meletakkan iklan syarikat pengiklanan
Banyak syarikat pengiklanan kini menyediakan peluang untuk buat duit. Syarikat penyedia iklan ini telah menyediakan iklan untuk dimasukkan pada blog kita. Kebanyakkan iklan yang keluar adalah daripada syarikat-syarikat besar.

Antara pengiklanan popular :

Adsense (google)
Pendapatan google Adsense sebagai iklan di blog memang amat lumayan kerana kita akan dibayar dalam matawang USD. Yang menyampahnya permohonan akaun Adsense agak susah juga dan syaratnya pun ketat.

Innity
Kita perlu trafik yang konsisten setiap bulan sebagai syarat untuk memohon daripada innity. Pendapatannya pun agak lumayan juga. 

Nuffnang
Syarikat penyedia iklan CPC (Cost Per Click) paling popular di Malaysia. Pendaftaran di Nuffnang amat mudah kalau nak dibandingkan dengan Adsense dan Innity. Tapi, bayaran di Nuffnang ni agak murah berbanding dengan Adsense dan Innity.

Teknik/cara 4 : Jual perkhidmatan
Sekiranya mahir dalam servis membuat video, melukis karikatur, kelebihan itu boleh digunakan untuk menawarkan servis di blog. Antara contoh servis yang sesuai untuk ditawar :
Perkhidmatan alih bahasa
Perkhidmatan hias blog dan buat minisite
Perkhidmatan  cipta grafik seperti kad bisnes, kad kahwin, poster dan banner dsb

Teknik/cara 5 : Kedai online
Kebanyakan pengguna hari ini jadikan blog mereka sebagai kedai online sama ada menjual produk fizikal atau produk digital. Kalau nak buat produk digital kita boleh kolaborasi dengan otai-otai IM Cuma kena lah keluarkan modal wang ringgit. 

Aku perhati ramai juga komuniti Shaklee hari ini jadikan blog sebagai kedai mereka. Kalau kualiti ok, permintaan mesti tinggi juga. 

Kalau ada kelebihan dalam ilmu IT contohnya boleh bangunkan sistem dan laman WEB itu bagi aku satu tambah nilai untuk maju dalam dunia blogging. Kita boleh buat panduan untuk bina laman web atau blog khusus untuk newbie. Ramai juga yang tak tahu dan berminat nak belajar dalam bidang blogging ini. 

Lain pada itu produk e-book, software, aplikasi games dan telefon dll yang boleh dibangunkan kita jual melalui blog.

Wokeh.. ada faham tak?

Cara Buat Duit Dengan Youtube Adsense

Cara Buat Duit Dengan Youtube Adsense


Sebelum saya pergi lebih jauh. Izinkan saya untuk MENJELASKAN yang artikel ini adalah tentang “Personal Coaching” dari seseorang yang mahu berkongsikan ilmu tentang cara cara untuk buat duit dengan YouTube. Harap anda jelas. Pada sebelum ini saya pernah berkongsikan yang saya juga salah seorang yang cuba untuk membuat duit melalui YouTube. Tetapi tindakkan saya hanyalah cuba cuba sahaja dan tidak serius. Apa yang saya kongsikan pada sebelum ini adalah tentang bagaimana cara saya membuat Youtube Video menggunakan aplikasi Camtasio Studio yang sangat sesuai untuk proses editing atau rakaman untuk di upload ke Youtube.

Di sebabkan tiada pengalaman, dan hanya cuba cuba sahaja, maka pendapatan saya dengan Adsense Youtube sebulan hanyalah USD0.36. Sangat sangatlah kecil. Tetapi tidak mengapa. Angka itu menunjukkan saya sudah mempunyai asas akan bagaimana untuk buat duit dengan Youtube. Apa yang saya lemah adalah tentang bagaimana untuk meningkatkan earning Youtube adsense dengan betul. Ini yang saya tidak tahu. Youtube bukan seperti blog yang sangat berkait rapat dengan SEO. Youtube perlukan viewer yang banyak untuk dapat duit.

Perkongsian Bagaimana Buat Duit Dengan Youtube

Percaya tidak, walaupun kita rasa susah, ada sahaja individu yang mampu dan berjaya menghasilkan duit bukan? Kita rasa, susah betul hendak dapat USD100 sebulan dengan Adsense melalui blog. Tetapi ada individu orang Malaysia yang boleh dapat USD100, USD500. USD1000 atau lebih. Begitu juga dengan Youtube, kita rasa kita tidak berjaya, tetapi ada individu yang berjaya dengan Youtube melalui pengiklanan adsense. Siap ada bukti lagi. Jadi apa masalah kita yang menyebabkan kita tidak berjaya? Jawapan saya, kita tiada GURU yang sudi menunjukkan bagaimana mereka buat duit dengan YoutubeAdsense. KALAU ADA, ANDA MAHU?
Seperti yang saya beritahu pada awal tulisan ini, artikel ini adalah tentang Personal Coaching. Untuk pengetahuan anda, individu ini telah berminat untuk berkongsi dengan anda tentang bagaimana buat duit dengan Youtube. Beliau yang telah terbukti berjaya menjana pendapatan melalui video di Youtube mahu dan bersedia berkongsikan ilmu dan pengalaman beliau. Telah ramai individu yang belajar terus dari beliau. Ada bukti, nanti anda boleh lihat sendiri.
YANG TERBAIK adalah anda akan belajar cara cara membuat duit dengan Youtube secara berdepan iaitu face to face (KL dan Selangor). Anda boleh belajar secara bersemuka jika anda tinggal berdekatan dengan tempat beliau. Jika tidak, anda akan belajar secara online dan beliau akan peruntukan masa untuk anda dan akan ajar anda satu persatu (skype, yahoo messengger dan teamviewer). Menarik?
YANG LEBIH MENARIK, anda tidak perlu buat video sendiri, anda akan diajar mendapatkan akaun adsense, tidak perlu SEO, tidak perlu Facebook, tidak perlu kumpul list dan macam macam lagi semata mata untuk tarik trafik. Ada kaedah yang menarik yang akan di ajarkan nanti.

Sebab utama kenapa beliau mahu mengajar secara depan depan dan juga secara live online adalah kerana beliau mahu anda terus faham apa yang perlu dibuat jika anda mahu buat duit dengan Youtube. Beliau mahu anda terus boleh buat duit. Anda tidak faham, terus boleh bertanya tanpa bertangguh lagi. Beliau kongsikan tips, rahsia dan pengalaman berjaya membuat duit menerusi adsense di Youtube sejak 3 tahun lagi. Sekarang peluang sudah terbuka. Apa lagi, lawat link yang saya berikan dan hubungi beliau untuk tindakkan lanjut jika berminat. Selamat berjaya.

Strategi Pemasaran Melalui Video (buat duit dengan youtube)

Strategi Pemasaran Melalui Video




Video online menawarkan kemudahan dan menjanjikan keuntungan di depan mata. Bagaimana caranya? Pada tahun 2008, Rich Aberman dan Bill Clerico berniat membuat bisnes proses pembayaran online. Sayangnya, mereka tidak memiliki modal yang besar untuk merealisasikan mimpi tersebut.
Lalu mereka membuat sebuah video sederhana dengan bantuan software animasi percuma yang menjelaskan perniagaan impian itu. Rich dan Bill mengirimkan e-mel ke belasan pelabur profesional berserta pautan video. Hasilnya, usaha mereka mendapat suntikan dana sebanyak USD20,000. Kini pasangan tersebut telah mengecapi kejayaan manis, dengan 40 pekerja dan mendapat tambahan modal hingga USD20 juta.
Steffany Boldrini juga telah membuat 100 video untuk perniagaannya, ecobold.com, sebuah laman web jualbeli produk di kalangan sahabatnya. Melalui video-video tersebut, ia menunjukkan produk yang sering digunakan, berserta dengan unsur lawak. Tetapi usahanya bukan setakat melalui video. Dia menghabiskan waktu berjam-jam setiap hari untuk mencari para pengguna Twitter yang mempunyai minat yang sama dalam bidang organik. Sambil berharap orang-orang tersebut mem-follow perniagaannya, dia mem-follow mereka. Strategi itu berhasil. Salah satu videonya dilihat oleh 200,000 penonton. Laman webnya juga dikunjungi ribuan pengunjung dalam waktu enam bulan setelah videonya ditampilkan di laman web dan Youtube. Wow!
Anda juga boleh mengikuti kejayaan mereka melalui video perniagaan Anda. Bermodalkan Apple iMovie atau Windows Movie Maker, Anda dapat menyunting dan menghasilkan video sendiri. Seperti pembuatan filem, Anda dapat memulaikannya dengan proses pembuatan senario.
Hal yang perlu diambil perhatian semasa membuat video adalah jangan terlalu Nampak ia berbentuk jualan. Jika video Anda seperti iklan, para penonton tidak akan mengkongsikan dengan orang lain. Yang paling penting, buat mereka rasa seperti tidak ada pilihan dan melakukan carian lebih lanjut setelah melihat video Anda. Dalam video singkat itu, Anda bukanlah bercerita tetapi memberi panduan. Sentuhan humor juga penting kerana ia akan membuat orang datang kembali.
Supaya video Anda dilihat lebih ramai orang, sebarkan pautan dari video di blog, forum, facebook, twitter, senarai mail atau e-mel sahabat Anda. Ciptakan lebih banyak percakapan tentang video mahupun perniagaan Anda di setiap saluran tersebut. Anda juga boleh membuat membuat akaun lain yang membicarakan tentang video tersebut. Nah, tertarik untuk mencuba?

Pendapatan Lebih USD$100,000 Setahun dengan YouTube

Pendapatan Lebih USD$100,000 Setahun dengan YouTube


Dari golongan muda hingga ke golongan tua, kanak-kanak kecil dan dewasa sememangnya menyukai memuat turun video dari YouTubeYoutube ialah laman web perkongsian video yang membenarkan penggunanya memuat naik fail dari komputer ke internet. Di YouTube pelayar internet akan menonton, dan berkongsi klip video. Video-video yang dimuat naik di sini boleh dinilai dan kekerapan video itu ditonton akan dipaparkan.
YouTube diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPalYoutube yang berpusat di San Brunomenggunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji lebih 100 orang pekerja dinobatkan “Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006″ oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga USD$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urusniaga tersebut selesai dimeterai pada 13 November 2006.
Sudah pasti ada dikalangan anda yang tertanya-tanya bagaimana pula cara golongan ini membuat duit yang sebegitu banyak melalui YouTube? Secara amnya, terdapat dua cara utama bagaimana mereka menjana pendapatan dari video yang disalurkan di YouTube. Cara pertama dan yang paling cepat untuk menjana pendapatan adalah melalui iklan yang anda letakkan pada video yang anda muat naik ke YouTube. Kebanyakan syarikat iklan tersebut akan membayar anda mengikut berapa ramai orang yang membuka iklan tersebut semasa mereka menonton video yang anda paparkan. Cara kedua pula ialah dengan cara mengembangkan kemasyhuran anda di YouTube ke alam nyata. Contoh yang terdekat yang kita boleh lihat ialah Yuna yang bijak merebut peluang dari kemasyhurannya di YouTube untuk menjadi penyanyi tempatan terkenal dan dengan bakat yang ada beliau seterusnya dapat mengembangkan kerjaya nyanyian beliau hingga ke Amerika Syarikat. Contoh barat pula ialah penyanyi cilik tersohor Justin Bieber yang berasal dari sebuah kampung kecil di Kanada yang berjaya pula menempah nama hingga ke persada dunia hanya kerana YouTube!
Dalam tempoh setahun antara bulan Julai 2009 hingga Julai 2010, kita dapati ramai orang yang telah berjaya menempah nama di YouTube dengan memuat naik video klip mereka dan telah meraih kekerapan tontonan yang tinggi hingga mencecah jutaan tontonan.
Shane Dawson – USD$315,000
Ditangga teratas dari segi nilai pendapatan yang dikutip daripada bayaran iklan yang dipaparkan pada fail yang mereka muat naik di YouTube ialah Shane Dawson. Beliau telah berjaya mengutip USD$315,000 dalam tempoh tersebut dengan jumlah kekeparapan tontonan sebanyak lebih 431 juta tontonan. Dawson mempunyai 3 saluran YouTube yang berbeza. Saluran pertama menyiarkan video berunsur komedi dan muzik. Yang kedua pula memaparkan saluran video log yang diberi nama AskShane. Yang ketiga pula ialah saluran YouTube yang memaparkan segala video peribadi yang beliau rakam menggunakan iPhone.
Shane Dawson dilahirkan di California, Amerika Syarikat pada tahun 1988. Pada tahun 2011, saluran YouTube beliau yang utama telah menduduki tempat yang kelima diantara saluran YouTube yang paling kerap ditonton dan dilanggani. Saluran kedua yang beliau cipta pula kini berada di tangga yang ke 12 dalam senarai yang sama. Pada asalnya, Dawson dan kawan-kawan akan berkumpul dan lebih menggemari untuk membuat rakaman video daripada menyiapkan kerja sekolah. Video pertama yang dimuat naik oleh Dawson ialah merupakan hasil kerja yang beliau sediakan untuk satu subjek di sekolah. Daripada hanya seorang pelajar yang agak malas menyiapkan kerja sekolah, Dawson menempa nama dan telah dianugerahkan oleh majalah antarabangsa terkenal Forbes dalam tahun 2010 sebagai orang yang ke 25 masyhur diantara selebriti internet. Dawson juga memenangi anugerah Vlogger (video blogger) terbaik dan bintang internet pilihan pada tahun 2010.
The Annoying Orange – USD$288,000
The Annoying Orange pula merupakan saluran YouTube yang berjaya menduduki tangga kedua dalam tempoh satu tahun bermula Julai 2009 hingga Julai 2010. Mencatatkan nilai sebanyak USD$288,000 dengan kekerapan tontonan sejumlah lebih 349 ribu dalam tempoh setahun. Segala penggambaran untuk membuat video tersebut dibuat dan menggambarkan suasana di dapur. Bermula dengan sebiji oren yang bercakap, kini ia memaparkan pelbagai jenis buah sitrus seperti limau nipis, limau kasturi dan buah-buah lain seperti tembikai, pisang dan sebagainya. Dame Boedigheimer atau lebih dikenali dikalangan peminat YouTube sebagai Daneboe adalah pengasas saluran dan merupakan penyumbang suara The Annoying Orange. Beliau dilahirkan pada tahun 1979. Sekarang beliau menetap di California, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang yang jarang bercakap. Beliau pernah memberitahu para wartawan bahawa beliau pernah bekerja diMusic’s Television (MTV) dan mengelolakan rancangan “Pimp My Ride”. Bermula dari pengalaman inilah, Daneboe memulakan usahanya dengan memuat naik video ke YouTube untuk memaparkan cerita-cerita pendek yang dituturkan oleh sebiji oren. Beliau boleh menukar suara dan mengguna serta menukar setiap lenggok nada dan suara beliau bersesuaian dengan buah-buahan yang digunakan. Video The Annoying Orange dimuat naik buat pertama kalinya diYouTube pada 9 Oktober 2009. Daneboe sebenarnya tidak menjangka bahawa video pertamanya itu menjadi sangat masyhur dan digemari oleh setiap golongan di seluruh dunia. Oleh sebab itu, video-video The Annoying Orange dan kesinambungannya telah dihasilkan untuk memenuhi permintaan ramai. Di dalam cerita tersebut, Daneboe memegang watak sebagai ketua tukang masak yang akan beraksi memegang sebilah pisau atau alat-alat dapur yang lain dengan tujuan untuk membunuh buah-buahan yang ada. Adiknya juga pernah melakonkan watak tembikai di dalam siri The Annoying Orange.
Philip DeFranco – USD$181,000
Philip DeFranco adalah orang yang bertanggungjawab melahirkan The Philip DeFranco Show. Rancangan tersebut memaparkan pelbagai isu-isu semasa dari topik berkaitan isu politik, gosip selebriti serta hal-hal kebudayaan. Berjaya meraih kekerapan tontonan sejumlah 248 ribu, DeFranco menzahirkan idenya yang kreatif kepada nilai wang sebanyak USD$181,000. Beliau juga dikenali dengan nama PhilyD. Dilahirkan pada tahun 1985 di New York, Amerika Syarikat. Pada kebiasaanya, penyampaian kandungan video dibuat secara sindiran dan mengikut pandangan beliau sendiri. Paparan beliau menduduki tempat ke 13 dalam industri YouTube dan telah dilanggani sebanyak 1.8 juta setakat bulan Ogos 2011.
Ryan Higa – USD$151,000
Ryan Higa pula terkenal dengan video yang dimuat naik ke YouTube yang bertajuk “How to become Gangster” dan “How to become Ninja”. Dalam tempoh setahun dari Julai 2009 hingga Julai 2010, video beliau telah ditonton oleh 206 ribu penonton dan telah pun meraih sebanyak USD$151,000. Beliau juga menghasilkan video berkisarkan komedi.
Fred Lucas Cruikshank – USD$146,000
Fred Lucas Cruikshank baru berusia 18 tahun dan merupakan pelakon komedi Amerika Syarikat. Pada asalnya beliau mencipta karakter Fred dan memaparkannya di YouTube. Video tersebut mengisahkan kehidupan seorang kanak-kanak yang bernama Fred Figglehorn yang berusia 6 tahun dan mempunyai masalah menguruskan kemarahan dan merupakan seorang kanak-kanak yang sentiasa ditinggalkan berseorangan dirumah. Fred terpaksa menghadapi hidup di dalam keadaan keluarga yang tidak berfungsi. Kejayaan beliau amat membanggakan sehingga cerita karya beliau itu difilemkan dan disiarkan di saluran Nickelodean. Sekitar tahun 2010, beliau berjaya meraih nilai USD$146,000 dalam tempoh satu tahun sahaja.
Greg Benson – USD$116,000
Seorang lagi selebriti YouTube yang berjaya mempopularkan diri dengan lakonan komedi ialah Greg Benson. Berasal dari Amerika Syarikat, Benson dilahirkan pada tahun 1968. Beliau berkecimpung dalam bidang lakonan iklan untuk alatan elektrik, iklan insuran kesihatan, iklan makanan dan sebagainya. Beliau menghasilkan video pada awal tahun 2005 dan memparkan video hasil karyanya di laman sesawang Mediocre Films. Lama kelamaan dia mengalihkan usaha memuat naik video hasil karya komedinya di YouTube dan berjaya meraih sejumlah wang yang agak lumayan dalam tempoh satu tahun iaitu sebanyak USD$116,000. Ia mencatat 159 ribu tontonan. Terdapat video yang dipaparkan oleh Benson mengenai sesi temuduga secara rawak dengan niat untuk memukul individu yang ditemuduga hanya kerana beliau ingin membuktikan bahawa ramai orang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat peluang muncul di kaca televisyen. Agak pelik bukan? Tetapi inlah realiti tentang perkara-perkara yang pelik tetapi berjaya memberi pulangan yang besar kepada penghasil karya tersebut.
Shay Carl – USD$140,000
Seterusnya, seorang lagi selebriti dilahirkan kerana YouTube ialah Shay Carl iaitu seorang juruhebah radio yang gemarkan komedi. Nama sebenar beliau ialah Shay Butler. Hasil karya beliau semuanya berkisarkan komedi. Sebanyak 192 ribu tontonan dicatatkan sepanjang tahun 2010. Untuk tempoh tersebut, beliau juga dapat mengutip sebanyak USD$140,000.

Smosh – USD$113,000
Smosh merupakan selebriti komedi terdiri daripada Ian Hecox dan Anthony Padilla yang pada asalnya berjuang dan memaparkan video hasil karya di YouTube. USD$113,000 berjaya dikutip dalam masa satu tahun bermula bulan Julai 2009 hingga bulan Julai 2010. Sebanyak 154,000 tontonan dicatat dalam tempoh tersebut. Seawal tahun 2003, Padilla telah memuat naik filem pendek dalam laman sesawang Newgrounds. Hanya selepas kehadiran Ian, mereka berjaya menempah populariti di internet melalui paparan video di YouTube. Terdapat beberapa saluran YouTube yang dihasilkan oleh Smosh iaitu “AskCharlie”, “Smosh Pit Weekly”, “Lunchtime with Smosh” dan “Anthony Padilla”.
The Young Turks – USD$112,000
The Young Turks pula menghasilkan rancangan berita komedi penuh dengan komen dan pendapat tentang isu-isu yang menarik. Sekitar tahun 2009 hingga 2010, saluran ini berjaya mengutip sejumlah wang yang agak lumayan iaitu USD$112,000 dengan jumlah tontonan mencecah 153 ribu tontonan.
Natalie Tran – USD$101,000
Pada tangga kesepuluh, seorang pelajar wanita berjaya memaparkan video untuk menunjukkan bagaimana seseorang boleh membuat perut kelihatan mempunyai otot yang menarik. Sangat mudah dan dengan cara yang bersahaja, Natalie Tran berjaya menarik penonton dengan caranya yang tersendiri. Beliau berjaya mengutip sebanyak USD$101,000 dari segi nilai wang dan catatan tontonan sebanyak 139 ribu. Beliau berusia 25 tahun dan berasal daripada Australia. Ibubapa beliau sebenarnya pelarian dari Vietnam dan mula menetap di Australia pada tahun 1981. Sebelum menceburi bidang media digital, Natalie pernah belajar bidang pendidikan selama dua tahun kerana pada asalnya beliau ingin menjejak langkah ibubapa yang bekerja sebagai guru. Oleh kerana minat yang mendalam, Tran sudah mempunyai 273 video (setakat bulan Mac 2011) yang telah dipaparkan di YouTube. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah dan menyandang banyak gelaran dalam industri YouTube.

CARA BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE

                                     CARA BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE

Tahukah anda bahawa ramai yang telah berjaya menjana pendapatan mencecah jutaan ringgit dengan hanya memulakan sesuatu yang kreatif dan memuat naik hasil karya mereka di YouTube? Apabila kita menyebut tentang kreativiti, peluang untuk berkarya adalah sangat luas kerana tahap dan bentuk kreativiti antara seoarng individu dengan yang lain adalah berbeza. Peluang untuk berkarya dan memaparkan kreativiti anda di internet adalah bak kata pepatah “Tak terjangkau dek akal” atau “Bak dalam dan luasnya lautan yang tak bertepi”. Cuba bayangkan berapa ramai penduduk di seluruh dunia yang mempunyai komputer dan kemudahan internet di rumah ataupun di tempat awam yang berdekatan dengan mereka.
Jumlah penduduk dunia setakat bulan Julai 2011 ialah 6.97 bilion seperti yang dilaporkan oleh United States Census Bureau. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan YouTube pula menunjukkan bahawa setakat bulan May 2011,YouTube telah merekodkan kekerapan tontonan sebanyak lebih 3 bilion dalam satu hari! Satu jumlah yang amat besar. 99% daripada tontonan tersebut adalah merujuk kepada tontonan video yang dimuat naik oleh sesiapa sahaja ke lamanYouTube.
Mengikut statistik ini, peluang untuk seseorang menjana pendapatan melalui laman webYouTube amatlah besar. Tetapi anda perlu ingat beberapa perkara penting sebelum memulakan niat anda untuk memaparkan video anda di lamanYouTube. Anda perlu ingat bahawa anda akan dibayar oleh YouTube setelah anda diterima menjadi rakan kongsiYouTube (YouTube Partner). Awas! YouTube tidak akan membayar anda jika kandungan video atau fail bukan dihasilkan oleh anda sendiri. Jika ia adalah hasil kerja orang lain, anda perlu menunjukkan bukti kepada YouTubekebenaran telah diberikan kepada anda oleh pemilik fail atau video tersebut. Jika video atau fail anda mengandungi gambar orang lain, anda juga perlu mendapat kebenaran untuk memaparkannya di laman YouTube. Suatu video atau fail tidak boleh mengandungi gambar yang tidak sesuai bagi tontonan kanak-kanak.
Satu contoh yang boleh anda ambil ialah mengenai Justin Bieber yang sekarang ini tersohor kerana video nyanyiannya yang dipaparkan di YouTube. Justin Bieber sebenarnya tidak menjana pendapatan dari YouTube tetapi menggunakanYouTube hanya sebagai landasan untuk menempah nama di dunia muzik dan hiburan. Ini adalah kerana video yang beliau hasilkan mengandungi lagu yang sedia ada tetapi beliau sebenarnya tidak mendapat kebenaran untuk menyiarkannnya di YouTube.
Langkah-langkah yang perlu untuk memulakan usaha anda menjana wang melalui YouTube:
Langkah 1: Hasilkan video yang menarik !
Anda perlu mempunyai perakam video yang bagus supaya kualiti video yang anda rakam dapat dihasilkan dengan baik. Ide yang kreatif akan menjadikan video anda kerap ditonton. Kebanyakan orang akan merekod aksi dan gelagat binatang kesayanagn kerana mreka tidak perlu meminta kebenaran untuk menyiarkan video tersebut di laman YouTube.Anda perlu ingat, tanpa kebenaran YouTube tidak akan memasukkan video anda ke dalam program untuk menjana pendapatan daripada iklan-iklan. Selepas rakaman, anda perlu membuat suntingan supaya tempoh video yang siap tidak terlalu panjang. Pada kebiasaannya, tempoh video yang selalu di muat naik ke YouTube adalah tidak melebihi 4 minit. Anda juga perlu berhati-hati dengan proses memasukkan audio supaya suara atau muzik latar dan gambar yang dipaparkan adalah seiring.
Langkah 2: Cipta nama yang canggih dan mudah diingati
Sementara menunggu video anda dipaparkan, carilah nama yang mudah diingati serta menarik untuk diberikan kepada video hasil kerja anda. Selalunya nama akan diberi selari dengan kandungan atau jalan cerita video anda. Contoh nama yang masyhur di YouTube ialah “Sneezing Panda” yang merakamkan aksi dan gelagat seekor beruang Panda sedang bersin.
Langkah 3: Ulang langkah 1 dan langkah 2
Jika anda mahu berjaya seperti rakan kongsi YouTubePhilipDeFranco dan lain-lain, anda perlu rajin dan tahu bagaimana anda boleh menyebarkan dan membuat pemasaran tentang video anda supaya ramai yang layari YouTubeuntuk menonton video anda. Anda boleh memasarkannya di Facebook, forum dan laman web yang lain.
Jika anda ingin menjadi rakan kongsi YouTube, anda mesti sentiasa memuat naik video yang ditonton oleh ramai pelanggan YouTube. Jangan putus asa. Teruskan merakam dan teruskan usaha untuk membuat sebaran dan pemasaran.
Langkah 4: Semak emel anda !
Pihak YouTube akan menghubungi anda melalui emel jika video anda mendapat sambutan ramai. YouTube akan mengundang anda untuk membuat permohonan berkongsi pendapatan untuk video anda yang dipilih oleh YouTube. Apabila kelulusan diberi, anda akan mula menjana pendapatan untuk video yang terpilih itu.
Langkah 5: Membuat permohonan melalui program rakan kongsi YouTube
Jika anda sudah mempunyai jumlah video yang dimuat naik dan ditonton yang mencukupi mengikut kiraan pihakYoutube, anda boleh membuat permohonan secara langsung untuk menjadi rakan kongsi di bawah program rakan kongsi YouTube. Apabila pihak YouTube meluluskan permohonan anda, perkongsian pendapatan daripada paparan semua video anda akan bermula. Proses perkongsian pendapatan akan berterusan selagi video anda tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Anda juga boleh menambah pendapatan dengan menyewa video anda kepada golongan yang berminat.
Langkah 5: Mulakan proses permohonan
Anda harus membaca dokumen panduan tentang program rakan kongsi YouTube. Pastikan anda tidak melanggar mana-mana syarat dan undang-undang yang ditetapkan.
Anda tidak akan dibenarkan membuat permohonan seterusnya selama 2 bulan jika YouTube tidak meluluskan permohonan anda.
Langkah 6: Buka akaun dengan Google AdSense
Setelah anda sudah menyemak dan betul-betul faham akan syarat dan undang-undang tersebut, anda perlukan akaun di dalam Google AdSense untuk menghubungkan akaun YouTube anda. Hubungan inilah yang akan membolehkan bayaran dikira dan dibuat kepada anda terhadap video yang terpilih.
Walaubagaimanapun, wang yang anda boleh keluarkan daripada akaun anda ialah apabila akaun anda sudah mempunyai baki lebih daripada USD$100. Oleh itu, jika lebih banyak video yang menarik anda paparkan dan lebih banyak ditonton orang, lebih banyak bayaran yang akan terima bagi membolehkan anda membuat penegeluaran.
Langkah 7: Tempoh menunggu untuk YouTube memproses permohonan
YouTube akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk menilai dan menentukan samada video anda akan diterima atau tidak. Anda tidak perlu membuat apa-apa selama waktu ini atau jika anda tidak mahu membuang masa, anda boleh juga terus berkarya! Siapkan rakaman video seterusnya.
Langkah 8 : Mulalah buat duit !
Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, anda akan dibenarkan menayangkan segala iklan yang keluar dibahagian bawah video anda. Terdapat juga iklan banner yang muncul dibahagian tepi video atau sesetengah iklan yang akan dimasukkan secara pantas dibahagian hadapan video anda sebagai pengenalan dan sebagainya.
Langkah 9: Ulang langkah 1
Jika permohonan anda tidak diluluskan, anda bermungkinan besar tidak mengikut salah satu langkah yang disebutkan di atas. Oleh kerana anda akan diberi tempoh selama 2 bulan sebelum permohonan baru boleh dikemukakan kepada pihak YouTube, anda dinasihatkan supaya mengulangi langkah-langkah tersebut dengan lebih teliti. Undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan mestilah diikuti dengan betul.
Ramai yang berjaya menjana pendapatan di YouTube adalah mereka yang rajin dan teliti serta patuh kepada langkah-langkah yang diberi.
Jika anda mendapat lebih dari 5 juta komen atau 20 juta tontonan dalam masa satu bulan, pihak Google Adsense akan menghantar jemputan khas kepada anda untuk menjadi salah seorang rakan di dalam program Premium Publisher. Program ini adalah program khas dan ianya akan dibuka kepada sesiapa yang layak atas jemputan khas sahaja.
Cara tersebut yang dibincang secara terperinci adalah bagaimana anda menjana pendapatan melalui YouTube dan menjadi rakan kongsi YouTube. Ada beberapa cara lain yang juga dikaitkan dengan menjana pendapatan di YouTubeyang anda boleh mulakan. Antara lain ialah membuat wang dengan menyertai program Affiliate contohnya Affiliate Clickbankatau Affilliate tempatan.
Affiliate Clickbank adalah organisasi yang menjadi pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan program Affiliateberpusat atau gedung bagi pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan sesuatu syarikat atau individu yang menggunakan perkhidmatan mereka. Anda boleh menyertai program Affiliate Clickbank secara percuma dan anda akan dikenakan yuran yang tertentu apabila produk atau khidmat anda dilanggani. Affiliate Clickbank merupakan pusat yang akan menguruskan segala transaksi dari segi pengiklanan sehinggalah membuat pembayaran kepada anda.
Anda boleh mencuba untuk menyertai program Affiliate tempatan. Kaedah yang digunakan adalah sama seperti kaedah yang digunakan oleh program Affiliate clickbank tetapi sesuai dengan namanya, program Affiliate tempatan hanya akan membolehkan transaksi sekitar dalam negara sahaja. Oleh itu peluang untuk anda membuat duit melalui kaedah ini adalah terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Jika anda seorang yang baru hendak bermula, cara ini mungkin boleh anda sertai sebagai landasan sebelum melonjak ke tahap yang lebih jauh seperti menempah nama di persada antarabangsa!
Salah satu lagi cara untuk menjana pendapatan melalui YouTube ialah dengan cara memuat naik video atau membuat hubungan dengan video yang dipaparkan di YouTube ke laman web atau blog anda sendiri. Anda harus bijak menilai video yang hendak dihubungkaitkan dengan blog atau laman web anda. Cara ini boleh anda gunakan jika anda memang mempunyai produk atau perkhidmatan yang ingin anda jual samada di dalam negara mahupun ke pasaran luar negara. Apabila anda meletakkan video yang memang mendapat tontonan yang banyak di YouTube, dengan secara tidak langsung laman web atau blog anda akan dapat dijejaki oleh penonton dan sekaligus akan menarik perhatian mereka kepada produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Dalam erti kata lain, video-video yang mendapat tontonan yang banyak di YouTube ini menjadi satu cara pengiklanan yang anda aplikasikan di laman web atau blog perniagaan anda. Walaubagaimanapun, anda perlu membuat penilaian yang betul sebelum meletakkan video-video tersebut dilaman web atau blog anda supaya ianya bersesuaian dengan tema atau jenis produk yang anda jual. Jika sebaliknya, penonton atau bakal pelanggan akan menjadi keliru dan tidak dapat memahami bahawa tujuan anda sebenarnya adalah untuk menjual produk anda bukannya untuk memaparkan video tersebut semata-mata.
Kesimpulannya, walau apa cara sekalipun yang akan anda cuba untuk membuat duit di YouTube atau melalui YouTube,anda harus tahu matlamat sendiri dan perlu kreatif dalam menghasilkan apa jua produk, video atau perkhidmatan. Peluang yang terbentang luas perlu direnangi dengan bijak supaya anda tidak terus tenggelam di dasar.