Tuesday 27 January 2015

5 Cara Mudah Buat Duit dengan Blog

5 Cara Mudah Buat Duit dengan Blog

Hari ini sudah jadi kebiasaan pada kita untuk buat duit melalui Blog. Ada yang gunakan blog untuk tujuan sosial dan tak kurang yang jadikannya sebagai platform untuk kongsi peluang perniagaan dan buat duit online. Yang penting gunakan ilmu yang ada sebaik mungkin

 “Belajar dengan guru yang betul akan hasilkan keputusan yang baik..” 

Jujur aku katakan yang tujuan dan matlamat aku berblog selain dari berkongsi ilmu dan tips, adalah menjadikan blog ini sebagai tabung simpanan aku. Untuk 5 tahun akan datang tabung ini akan aku convert kepada mesin ATM.

Bunyinya macam kelakar tetapi itulah yang terjadi pada blog aku sebelum ini. 

Tak mustahil blog menjadi sumber pendapatan tetap

Banyak atau sedikit pendapatan bukan persoalannya disini tetapi penceritaan di dalam blog ini aku lebih kepada perkongsian bagaimana untuk hasilkan duit poket, pendapatan sampingan, duit tambahan dan yang mempunyai maksud yang sama dengannya melalui blog. 

Asasnya perlu ada internet dan laptop dan sedikit pengetahuan mengenai blog dan juga pemasaran internet. Selebihnya boleh digilap perlahan-lahan dan tiada jalan yang mudah untuk dalam belajar ilmu marketing. 

Dahulunya aku hanya fokus pada promosi produk Amazon tetapi setelah melihat situasi pengguna Internet di Malaysia hari ini semakin baik kenapa tidak aku gunakan sedikit ilmu dan peluang yang ada untuk jana pendapatan produk affiliate tempatan. 

Memang banyak peluang dan cara tambah pendapatan tanpa modal sama ada melalui pemasaran email, pemasaran youtube, artikel dan sebagainya. Asasnya perlu ada ilmu dari guru yang betul dan masa yang tepat!

Kita boleh memilih sama ada mahu jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan atau pendapatan tetap. Namun buat masa ini, aku lebih suka memilih buat duit dari blog ini sebagai pendapatan sampingan sahaja.

Untuk hasilkan blog ada 2 platform yang kebiasaannya menjadi pilihan ramai iaitu :

• Blogspot a.k.a blogger.com
• WordPress

Brader titan kata blogspot tak boleh pergi jauh tapi aku suka guna blogspot sebab ia percuma dan mudah juga hasilkan jualan dari affiliate tempatan. 

Kalau belum ada blog lagi eloklah daftar SEKARANG sama ada di wordpress.com atau blogger.com. Kalau nak dapat nama sendiri contohnya macam blog aku www.mudahkot.com boleh beli domain dengan kadar harga yang sangat berpatutan. RM35 aje kot setahun.. 

Untuk buat blog jadi menarik, boleh search sendiri di google mengenai tutorial bagaimana untuk hasilkan Blog mesra SEO dsb. 

Aku kongsikan Tips pada yang baru nak menghasilkan blog:
Kenalpasti kemahiran dan minat dulu. Itu untuk memudahkan memilih “Niche” atau bahasa mudah “topik” yang mahu digunakan. Kalau kita suka sangat memasak, boleh sediakan blog resepi dan masakan. Kita boleh kongsikan resepi-resepi menarik atau ciptaan kreatif sendiri dalam blog.
Blog yang dihasilkan perlu kemas dan simple. Jangan terlalu serabut dan letak perkara yang bukan-bukan. Mula-mula aku terlibat dalam dunia blogging 8 tahun lalu perkara yang sama aku buat. Macam-macam widget aku letak. Ahaks… sampaikan nak loading pun hampir 3 minit.
Kalau boleh kandungan blog itu mudah difahami dan tak bosan.. Nanti aku.. Boh..Boh..Boh..Bohsan.. Agak-agak korang bosan tak baca blog aku ni? Tulis jangan lah terlalu skema dan terlalu merapu.. Biar ada isi.. dan jangan gebang lebih.
Kalau dapat bina networking lagi bagus. Terus terang aku bab networking ni memang FAILED. Korang yang membaca ini lah network aku.. Jangan lupa Like Fb aku bila baca artikel ni pasal aku pun nak jadi kawan korang juga..
Gunakan kemahiran dan kreativiti sendiri untuk menghasilkan blog yang berkualiti dan unik.
Kalau buntu idea, cuba lah buat blogwalking ke blogger yang dilabel otai. Lihat aturan blog mereka dan perhatikan apa yang takde dalam blog kita
Lebihkan memberi daripada menerima. Peganglah kata-kata ni

“Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima”

Aku kalau merapu sampai esok pun tak habis. Jadi, aku teruskan pada topik utama kita

5 cara mudah Buat Duit dengan Blog

Teknik/cara 1 :  Promosikan Produk Affiliate
Tak rugi jadi agen affiliate ni, sebabnya kita akan terima komisyen dari jualan yang dibuat dari link kita tu. Hati-hati kerana sekarang ni aku dengar IM Malaysia ni pun dah pandai curi komisen affiliate. Bagi aku perbuatan ni memang tak wajar kerana mencuri itu berdosa..

Boleh baca artikel yang aku pernah tulis mengenai affiliate :

Bagaimana Cara Promosi Link Affiliate
Apakah Rahsia Affiliate Pemasaran Teknik Clickbank
Webinar Rahsia Pemasaran Affiliate Gobala Krishnan
Pemasaran Affiliate - Bagaimana Berfikir Luar Kotak
3 Kesilapan Biasa yang dilakukan Affiliate Marketer
5 Teknik Panduan Cara Pemasaran atau Promosi Produk Affiliate
Adakah Kursus Affiliate Marketing Rahman Basri Satu Kemestian?

Teknik/cara 2 : Menyewa ruang Iklan
Bila trafik blog kita naik mencanak-canak tinggi dan konsisten macam blog abang denaihati, bolehlah nak sediakan servis sewa ruang iklan. Dengan membuat sewaan ruang iklan bergantung pada saiz iklan tersebut. Jadi sama-sama lah kita belajar lah cara-cara meningkatkan traffik pada blog.  

Teknik/cara 3 : Meletakkan iklan syarikat pengiklanan
Banyak syarikat pengiklanan kini menyediakan peluang untuk buat duit. Syarikat penyedia iklan ini telah menyediakan iklan untuk dimasukkan pada blog kita. Kebanyakkan iklan yang keluar adalah daripada syarikat-syarikat besar.

Antara pengiklanan popular :

Adsense (google)
Pendapatan google Adsense sebagai iklan di blog memang amat lumayan kerana kita akan dibayar dalam matawang USD. Yang menyampahnya permohonan akaun Adsense agak susah juga dan syaratnya pun ketat.

Innity
Kita perlu trafik yang konsisten setiap bulan sebagai syarat untuk memohon daripada innity. Pendapatannya pun agak lumayan juga. 

Nuffnang
Syarikat penyedia iklan CPC (Cost Per Click) paling popular di Malaysia. Pendaftaran di Nuffnang amat mudah kalau nak dibandingkan dengan Adsense dan Innity. Tapi, bayaran di Nuffnang ni agak murah berbanding dengan Adsense dan Innity.

Teknik/cara 4 : Jual perkhidmatan
Sekiranya mahir dalam servis membuat video, melukis karikatur, kelebihan itu boleh digunakan untuk menawarkan servis di blog. Antara contoh servis yang sesuai untuk ditawar :
Perkhidmatan alih bahasa
Perkhidmatan hias blog dan buat minisite
Perkhidmatan  cipta grafik seperti kad bisnes, kad kahwin, poster dan banner dsb

Teknik/cara 5 : Kedai online
Kebanyakan pengguna hari ini jadikan blog mereka sebagai kedai online sama ada menjual produk fizikal atau produk digital. Kalau nak buat produk digital kita boleh kolaborasi dengan otai-otai IM Cuma kena lah keluarkan modal wang ringgit. 

Aku perhati ramai juga komuniti Shaklee hari ini jadikan blog sebagai kedai mereka. Kalau kualiti ok, permintaan mesti tinggi juga. 

Kalau ada kelebihan dalam ilmu IT contohnya boleh bangunkan sistem dan laman WEB itu bagi aku satu tambah nilai untuk maju dalam dunia blogging. Kita boleh buat panduan untuk bina laman web atau blog khusus untuk newbie. Ramai juga yang tak tahu dan berminat nak belajar dalam bidang blogging ini. 

Lain pada itu produk e-book, software, aplikasi games dan telefon dll yang boleh dibangunkan kita jual melalui blog.

Wokeh.. ada faham tak?

No comments:

Post a Comment